Tuesday 31 January 2012

Cuti ! :)

Heyooooooooooooooo , hari ni cuti ! Hihi , siapa yang sekolah dekat daerah selangor , be jelly k . Hahahaha . Pukul 7.30 pagi jap lagi syaza nak pergi SKTM nak jumpa cikgu . Rindu gila dkat rindu sekolah rendah dulu . Nasib lah kejap lagi ada latihan bola tampar and so on . Boleh lah jumpa cikguuu . Weheee , can't wait for it !

Exam !!

Hi again ! Hm korang , khamis ni syaza ada exam sejarah and agama . Dua dua kena hafal menghafal . You guys , wish me luck k . Exam ni penting sangat sebab markah exam ni dia akan simpan then sampai form 3 dia akan tngok kita dkat gred mana . Almaklumlah tahun syaza nanti kan mana ada PMR dahh . Hopefully semua subjek syaza dapat gred 6 kalau tak pun 5 . Tak nak dapat gred 4 ke bawah . So that , syaza kena study gila gila ah ni . Pray for me k , thanks :)

I'm a student from SMK WANGSA MELAWATI :)

Assalamualikum and hi ! Wahhh sungguh berhabuk blog syaza . Sorry lama tak updated . Form 1 ni busy sikit lahh . Okay this year *2012 syaza dah form 1 . Heeee , tapi form 1 ni penat sikit lah :( Hm btw , syaza tahun ni sekolah dekat SMK WANGSA MELAWATI . Sekolah tu ada sesi pagi petang . Syaza of course lah sesi petang . Form 1 dgn form 2 je sesi petang yang lain semua sesi pagi . Sekolah baru kawan pun of course lah baru . Syaza sama kelas dengan aliaaaaaaaaaaaa ! Huhh nasib ada dia kalau tak , tak tahu lah nak duduk dgn siapa . Syaza masuk kelas 1 GIGIH . Budak kelas tu semua pandai , pandai . Semua yang dapat 3A ke atas .  Hm , mula mula syaza ingat budak kelas tu semua sombong tapi tak langsung . Dorang semua friendly and boleh dibuat kawan . Nak tahu siapa classmates syaza ? K start dgn yang syaza paling rapat lah eaa . Alia , husna , fatin , nazihah , hanisah , sabrina , sufiya , hazirah , izzah , adriana , ummi , atikah , anis , hidayah , haziq , asri , helmi , akief and asyraf . Act ada lagi sorang but dia masuk MRSM . Nama dia Raja Shahiza but orang panggil dia jeeja . Yeahh , that's my classmates for 2012 . Dorang semua sporting gila , semua perangai lebih kurang sama macam syaza . Yang perempuan semua cantik gila . Semua omey termasuk syaza . Ehh haha jkjk . Eh k lah gtg , nak sambung hw . Boiboi :*

Wednesday 28 December 2011

Sabar izz sabar :')

Hm , for your information izz dah break dengan damia . Izz cakap damia yang mintak . K tkpe izz , BUNGA BUKAN SEKUNTUM . Ingat tu , ramai lagi perempuan yang lebih baik , comel , cantik , yang lebih sayang kau , yang lebih pandai , yang lebih alim , lebih caring dari DAMIA . Kalau nak cari yang perfect memang takde lah sebab tkde sape yang perfect . Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing . Aku faham perasaan kau . Kalau kau nak luahkan pape kau luahkan je dekat aku . Aku akan dengar . Tu lah guna nya BFF kan :) Kalau ada apa apa yang aku boleh tolong , aku akan tolong . Don't worry . Tapi nxt year aku tak tahu lah cemana sebab kita sekolah lain lain kan . Hm tkpe walaupun kita sekolah lain lain tapi kita tetap BFF kan , forever kan izz . Ingat lagi masa awal tahun dulu aku , kau echa dengan shahrul dah macam kembar dah . Asyik bersama jee . Kalau semua tengah bosan mesti shahrul jadi radio kita . Masa BM semua tiru echa , kalau science aku , kalau maths kau dengan shahrul . Haih , miss that time a lot :'/ Then cikgu yazid asyik perli kita berempat je kann . Haha yang tu serious kelakar :D Aku akan ingat kau sampai bila bila , and aku harap kau pun ingat aku juga . Jangan lupakan aku k ? Ingat janji kita , bersama selamanyaa :') Hm , sedih aku weh . Tengah menangis ni sebab ingat kan kenangan kita berempat dulu . Aku rak boleh lupa kenangan manis dah pahit kita . Kau lah tempat aku nak mengadu selain dari fifi . Then tadi kau cakap Sya sorry aku takde mood sebab tadi mia online . Walaupun sekejap je dia online aku terus tkda mood . Tkde sape pun boleh tegur aku selain kau sebab kau BFF aku . Izz kau tahu tak , sebak aku bila aku baca tadi . Kau lah kawan dunia akhirat aku . Izz , aku nak kau lupa kan damia . Kau just anggap dia kawan kau je . Please lah kalau tak mesti kau teringat masa kau dengan dia couple dulu kan , then nanti kau menangis . Aku tak nak tngok kawan aku menangis . Nanti aku pulak menangis . So better kau lupakan diaa . Kau just anggap dia kawan je . Lagi pun ni just cinta monyet je izz . Nanti bila kau dah besar kau cari kan true love kau . Nxt year kita dah tak kan serapat macam tahun ni :/ Hm , aku baru kenal kau tahun ni tapi aku dah kenal kau gila gila . Perangai kau cemana . Aku akan balas balik jasa baik kau dekat aku . Thanks for being my best friend :') And one more thing aku nak kau ingat sampai bila bila , AKU SAYANG KAU SANGAT SANGAT ! Hmm , okay lah karang kalau aku cerita semua kenangan kita kang lagi menangis aku nanti . Ingat pesan aku k . Post ni khas untuk kau :) K bye take care , sayang kau izz :')

Sunway Laggon :D


Assalamualaikum for all muslim and hi for non muslim . Act aku dah lama dah nak post pasal ni tapi malas . Hihi pemalas kan aku ? Hm hari sabtu lepas bersamaan dengan 24/12 aku peri sunway lagoon dengan nas , tasha , abang nas and awek abang nas . Serious best doh . Kitaorang ambik 3 park . Masa nak mandi tu aku dengan nas jumpa AFIQ dengan SWEET . Afiq mana ? Alahai yang masuk ik1 tu . Tak tahu ?  Err , yang berlakon cerita elly dan epit tu . Dah tahu ? Bagus , yang tak tahu tu buat buat tahu je lah yeaa . Afiq masa tu pakai baju malaysia wrna biru . Sweet pula pakai baju wrna hitam . Nak tngok gambar ? Tekan ni --> Gambar <-- . Hm k lah gtg bye ! :)

Friday 23 December 2011

Pasar Malam :)

Assalamualaikum , k now aku nak berstory morry dengan korang pasal dekat pasar malam tadi . Tak nak tahuu ? K tkpe tak kesah . Kau boleh angkat kaki then blah sekarang jugaaaa . Bye sayanggg -.- K dah aku akan cerita dekat orang yang berminat sahaja .

Okay start cerita , tadi aku pergi pasar malam dengan yana and lisa . Jalan punya jalan then nampak aiman syafiq . Fuyoo , dia sumpah tinggi gila . Aku nak tegur dia tapi hmm tah lah . Dah dah forget it . Tengah tengah jalan sekali terjumpa eiqah . K then jalan ah sama sama . Kitaorang sumpah bising gila ohh sampai semua orang pandang . Hahaha malu edenn :3 Dah beli beli semua then lepak taman japp . Lepak lepak then eiqah cakap dia nak pergi beli ais blended . Yana pun teman ah dia . Aku duduk dkat taman dua orang je dengan lisa . Aku borak borak dengan lisa then ada sekumpulan lelaki ni usha usha kitaorang . Hok aloh , tahu lah kitaorang cantik tak payah nak usha sanagt ah kan . Hahaha k perasan japp . Sumpah lama gila yana dengan eiqah pergi beli ais blended . Sempat berak , tidur kentut semua tunggu dorang doh -.- Eh dah ah , nak skype dengan fifi bye , assalamualaikum :)

Fifi Sufiana ♥



Assalamualaikum , k today aku nak cerita pasal FIFI SUFIANA  . Okay , dia ni tersenarai dalam friend list aku . Dia ni kawan dunia akhirat aku . Don't you ever want to take her from me . Aku bunuh kau kang ! She always be by my side when i need someone . Aku kalau ada apa apa yang aku nak mengadu , mesti aku mengadu dekat dia sebab dia ni orang yang jenis memahami orang lain . Dalam class aku duduk sebelah dia . Hari hari memang barisan kitaorang yang paling bising , tapi tak lah sebising barisan budak lelaki -.- Mana tak nya , belakang aku amiera dengan mawadah then belakang dorang izzah dengan damia . Mana tak bising enn . Lepas UPSR memang hari hari kerja kitaorang berenam bising je memanjang . Freedom lah katakan (y) K then , ada lah satu hari tu en cikgu tak masuk kelas then aku dengan fifi pun apa lagi buat lah kerja kitaorang . Kitaorang main describe describe . Sumpah kelakar gilaa . Dua dua broken english masa tu . Hahahahaha , paling kelakar masa fifi describe aku . Aku tergelak sampai nak terkencing dohh . hihi :3 Dah habis describe semua tu kitaorang pergi merayau satu sekolah . Mula mula pergi toilet , then pergi bilik muzik lepak sana jap . Lepastu pergi jalan jalan satu sekolah sampai cikgu pun usha panas je . Hahahaha watlek watpeace sudahh .

Masa nak ambik result UPSR fifi duduk depan akuu . Masa tu fifi macam cacing kepanasan . Hahahaha , sorry to say sayang . Mana tak nya , asyik pandang belakang je . Lepastu asyik pergi dekat family dia jee . Mentang mentang family aku tak datang hari tu nak jealous kan aku pula :( Hmm k dah straight to the point syazaa ! Sumpah masa nak ambik result tu kena tunggu lama gila . Cikgu cakap kitaorang semua boleh pergi toilet semua dulu sebab result maybe keluar lambat sikit . Aku dengan fifi pun apa lagi . Merayau ah . Merayau dalam ketakutan . Dah merayau , snap sana sini then masuk dewan sebab result dah nak diumumkan . Masa 5A nama aku dengan fifi tkda . K chill , masa 4A nama fifi ada then nama aku pun adaa . Aku naik pentas orang pertama aku peluk ialah fifi , kan sayang kann :)

Okayy , siapa yang tak kenal fifi ni ha fb dia --> TEKAN SINI <-- . Okay dah lah , nak sambung tweet . Bye , assalamualaikum .